Wanita Umno Labis Nafi Sabotaj Calon BN - Semasa | mStar

Wanita Umno Labis Nafi Sabotaj Calon BN

LABIS: Wanita Umno Labis menegaskan bahawa mereka menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan risalah fitnah yang diedarkan pihak tidak bertanggungjawab selepas selesai penamaan calon semalam.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Labis oleh Ketua Wanita Umno Labis, Haslinda Salleh di sini pada Ahad.

Haslinda tiba ditemani beberapa wanita veteran Umno tiba pada pukul 1.15 petang dan selesai membuat laporan setengah jam kemudian.

Menurut Haslinda, pihaknya mendapati ada kumpulan tidak bertanggungjawab yang mengedarkan risalah dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Mambai yang menyatakan Wanita Umno tidak menyokong calon BN.

“Ia satu pembohongan dan fitnah yang dimainkan untuk memecahkan pergerakan wanita Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Tidak wujud Kelab Wanita Veteran di Labis dan menafikan mana-mana badan wanita UMNO atau BN mencetak risalah sebegini. Saya juga menafikan badan yang berkaitan wanita tidak pernah diarahkan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis, di sini.

Jelasnya, risalah itu didapati mula diedarkan selepas selesai penamaan calon dan tidak dapat mengesan siapa yang terbabit namun percaya gerakan rumah ke rumah itu sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, beliau bimbang risalah fitnah itu akan terus diedarkan dan meminta polis melakukan siasatan segera terhadap laporannya itu.

Sementara itu, Haslinda menegaskan bahawa beliau dan Wanita Umno Labis menyokong 110 peratus kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

“Kami wanita dulu kini dan selamanya, bersatu bersedia dan berkhidmat untuk parti. Kami lebih mengutamakan parti dan tidak melibatkan peribadi,” katanya.

Ditanya berhubung dakwaan terdapat Muslimah Pas yang menyamar Wanita Umno , Haslinda berkata beliau dapat mengesan dakwaan tersebut yang memakai pakaian yang sama berkempen di kawasan kampung.

“Saya tahu ianya bukan wanita Umno kerana mengenali setiap jentera parti setiap cawangan dan peti undi,” katanya.

Haslinda berkata, jentera Wanita Umno juga sedang mempergiatkan kempen dari rumah ke rumah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain