suria

SPDP Tiada Rancangan Tukar Kerusi

SIBU: Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) tidak ada rancangan untuk bertukar kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain, kata presidennya Datuk Seri William Mawan.

Beliau berkata, SPDP akan bekerja rapat dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) dalam mempertahankan semua kerusi yang dipegang oleh parti campuran itu pada pilihan raya akan datang.

SPDP akan mempertahankan lapan kerusi yang dimenangi, katanya pada Malam Perpaduan SPDP Zon Tengah di sini malam Jumaat.

Sementara itu, Mawan mencabar anggotanya untuk membawa masuk 5,000 hingga 10,000 anggota baru pada tahun ini dan tahun depan yang setakat ini telah membawa masuk antara 3,000 dan 4,000 anggota baru.

"Sesetengahnya mahu menyertai kita tetapi kita belum mendapatkan mereka," tambah beliau.

Mawan berkata, anggota parti mesti sentiasa bersatu dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Beliau mengingatkan mereka bahawa jika SPDP lemah tetapi BN kuat, parti itu kuat tetapi "jika BN lemah, kita akan lagi lemah”.

Katanya, parti itu akan memberikan perhatian khas di wilayah tengah kerana pembangkang mendapat sokongan yang agak baik di kawasan itu.

"Dan sebagai rakan parti BN, kita mesti bantu satu sama lain," tambah beliau dalam mengingatkan orang ramai bahawa pembangkang tidak mampu memberikan sebarang perkhidmatan kepada mereka. -BERNAMA DTTK ESS BK

Artikel Sebelum

Artikel Lain