suria

MIDA Tarik Pelaburan Berkualiti Dan Pekerjaan Bergaji Tinggi

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berjaya menarik pelaburan berkualiti ke negara ini, menyebabkan pekerjaan dalam bidang pembuatan yang dahulunya bergaji RM1,000 hingga RM2,000 sebulan, kini RM3,000, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"MIDA menarik pelaburan berjumlah RM7 bilion tahun lepas. Lebih 70 peratus pekerjaan yang diwujudkan daripada pelaburan yang diluluskan pada 2010, akan menawarkan gaji sebanyak RM3,000," katanya.

Mustapa berkata demikian ketika menjelaskan kekeliruan tentang kenyataannya pada Selasa, yang kementeriannya telah menetapkan paras gaji pendapatan tinggi pada RM3,000, dan menganggapnya sebagai "pendapatan munasabah" bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang.

"Ada berlaku sedikit kekeliruan. Saya bukan bercakap tentang pendapatan tinggi, tetapi MIDA dapat menarik pekerja yang lebih tnggi upahnya dan menurut takrifnya, RM3,000 ke atas.

"Ini adalah satu peningkatan berbanding tahun lepas. Tentunya pendapatan tinggi ialah dari RM8,000 hingga RM10,000 sebulan, katanya.

Mustapa berkata peningkatan ini membuktikan bahawa negara ini telah berjaya bergerak meningkat dalam rantaian nilai dengan menarik lebih banyak pekerjaan yang lebih berkualiti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain