suria

Kerajaan Kaji Kebimbangan Utama Komuniti Perniagaan Di Bawah ETP

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kebimbangan masyarakat perniagaan dengan teliti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), terutamanya dari sudut modal insan, tenaga buruh asing dan imigresen, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau juga berkata kerajaan bersikap terbuka terhadap isu-isu, dan kini ada lebih banyak penyelarasan di kalangan agensi-agensi kerajaan, dalam menanganinya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog antara kementerian itu dengan sektor swasta dan masyarakat perniagaan asing untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

"Ini adalah inisiatif baru daripada kita dan inilah kali pertama kita berbincang dengan majlis-majlis perniagaan asing. Kita membincangkan banyak perkara bersama dan tahun ini kita akan mencari jalan untuk mengurangkan halangan," jelasnya.

Sesi dialog itu juga merangkumi satu taklimat khas tentang ETP oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Senator Datuk Seri Idris Jala. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain