Kebebasan Beragama Bukti Kerajaan Adil - Semasa | mStar

Kebebasan Beragama Bukti Kerajaan Adil

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebebasan mengamalkan budaya dan ajaran agama oleh pelbagai kaum di Malaysia adalah bukti jelas kerajaan berlaku adil.

Beliau berkata kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada badan-badan keagamaan juga adalah tanda keprihatinan kerajaan yang mahu melihat rakyat hidup aman.

"Lihat hari ini penganut agama Hindu bebas menyambut Thaipusam di seluruh negara," katanya sewaktu berucap pada sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Subramaniya Swami Devasthanam di sini malam Khamis.

Perdana Menteri berkata pendirian kerajaan mempertahankan kaum dan agama jelas dapat dilihat melalui konsep gagasan 1Malaysia yang berteraskan perpaduan.

"Masa depan kita akan menjadi lebih kuat atau kita akan rugi sekiranya menolak satu ikatan yang kukuh," tambahnya.

Beliau yakin rakyat tidak akan menolak dengan melulu konsep 1Malaysia walaupun kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan akan menimbang permohonan bantuan kewangan oleh pihak kuil itu bagi menaik taraf kuil berkenaan.

Kira-kira 50,000 orang penganut agama Hindu menghadiri sambutan Thaipusam malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas, Presden Parti Makkal Sakti Malaysia R.S.Thanenthiran dan Ketua Penerangan MIC yang juga anggota parlimen Hulu Selangor S.Kamalanathan serta pemimpin komponen BN. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain