suria

Jenazah Allahyarham Mohamad Hidhir Selamat Dikebumikan

JASIN: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Chincin Tengah, di sini selepas solat Zohor, Jumaat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa dengan van dari kediamannya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang di sini dan disembahyangkan di Masjid As Sajadin Simpang Kerayong.

Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Allahyarham Mohamad Hidhir, 54, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra 8.10 malam semalam setelah mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain