suria

Dalang Beri Perlindungan Kepada Rakyat Asing Curi Bakau Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang memberi perlindungan kepada rakyat asing mencuri bakau di kawasan pulau-pulau di Klang sejak empat tahun lepas ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Khamis.

Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Selangor Mohd Yussainy Md Yusop berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 4.05 petang di Pulau Ketam.

Lelaki itu juga ditahan kerana disyaki mengawal sejumlah kayu bakau secara haram, katanya dalam SMS kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata lelaki itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Artikel Lain