suria

APMM Temui Ganja Di Perairan Kuala Perlis

KANGAR: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menemui dua ketulan ganja mampat seberat kira-kira dua kilogram yang diikat pada kayu penanda pukat di perairan Kuala Perlis dekat sini awal Khamis.

Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Wilayah Utara Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata ganja itu ditemui selepas pasukan itu yang membuat rondaan di perairan berkenaan mengesan sebuah bot nelayan pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan mencurigakan kira-kira tiga batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Beliau berkata individu dalam bot itu dilihat membuang objek tertentu ke dalam laut sebelum meninggalkan kawasan itu setelah menyedari kehadiran bot peronda APMM.

"Hasil siasatan di kawasan itu, kami menemui sebatang kayu panjang berpelambung dan berlampu dan dua objek dipercayai ganja mampat yang dibungkus plastik lutsinar dan dibalut dengan jaring ditemui terikat di situ," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Beliau berkata dua ketulan ganja mampat itu itu dianggar bernilai RM4,800. - BERNAMA

Artikel Lain