Umno Bahagian Labis Sokong Pemilihan Azahar Sebagai Calon BN - Semasa | mStar

Umno Bahagian Labis Sokong Pemilihan Azahar Sebagai Calon BN

LABIS: UMNO Bahagian Labis memberi sokongan penuh terhadap pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu Rosdin Mahamud berkata, walaupun sebelum ini namanya disenarai pendek sebagai calon BN, beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dan membantu Azahar memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Azahar merupakan batang tubuh yang dipinjamkan kepada parti untuk mewakili parti, tapi yang sebenarnya, inilah semangat yang perlu ada pada kita, kita tidak perlu nak melobi sana melobi sini...

"Siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan, walaupun ada nama saya, nama naib, nama Ketua Pemuda, saya terbuka, kita serahkan kepada pucuk pimpinan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Umno di sini.

Beliau berkata, adalah penting semua anggota di setiap peringkat menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan atasan bagi mendukung aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosdin menyifatkan kredibiliti dan ketokohan Azahar, selain memiliki ramai kenalan kaum Cina, mampu menjadi kekuatan beliau untuk memenangi kerusi DU NTenang.

"Saya cukup berkeyakinan dengan kerjasama yang akan diberikan oleh seluruh pimpinan sama ada Pemuda, Wanita seluruh bahagian ditambah dengan parti-parti komponen dan NGO yang ada di Labis ini, kita akan dapat melihat satu keputusan yang cukup membanggakan kita," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat kencing manis 17 Disember lepas.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri daripada 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Unsur Khianat Ke Atas Pelatih: JLKN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain