"Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang": Anwar - Semasa | mStar

"Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang": Anwar

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

"Ia perbincangan secara baik...kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk "Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk" di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini.

Anggota panel yang lain adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah, Datuk Dr Siddiq Fadzil.

Anwar berkata, menerusi perbincangan itu, pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan