suria

Salah Tahan: Mahkamah Arah Tharmendran Dibebaskan Serta-Merta

Oleh SALWA SHAARI KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memerintahkan supaya Sarjan Tentera DiRaja Udara Malaysia (TUDM) N. Tharmendran dibebaskan dengan serta-merta daripada Pusat Tahanan Batu Kentomen di sini.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati penahanan Tharmendran sejak 25 November lalu adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, Su pada penghakimannya memutuskan bahawa penangkapan Tharmendran yang dibuat oleh beberapa Jabatanarah Provos Marsyal TUDM yang diketuai oleh Leftenan Kolenal Mohd Razif Ramli adalah sah mengikut undang-undang.

Tharmendran ditangkap di tempat letak kereta Kompleks Mahkmah Shah Alam, dekat sini atas alasan gagal untuk hadir bertugas sejak 6 September 2010 yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 54, Akta Angkatan Tentera 1972.

Sehari selepas ditangkap, Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini, untuk mendapatkan perintah pembebaskan segera dan deklarasi bahawa penahanan tersebut salah dan tidak sah.

Selaku pemohon, Tharmendran menamakan Mohd Razif sebagai responden pertama diikuti oleh Komandan Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Pertananan.

“Mahkamah berpuas hari bahawa penangkapan adalah dibenarkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana pada masa itu terdapat sebab yang munasabah untuk Mohd Razif mengesyaki Tharmendran tidak hadir bertugas.

“Namun demikian, selepas Tharmendran ditangkap berlaku ketidakpatuhan prosedur oleh pihak responden kerana pemohon tidak dibawa di hadapan seorang majistret dalam tempoh 24 jam dia ditangkap,” kata Su pada penghakimannya.

Sehubungan itu, Su memerintahkan satu writ habeas corpus dikeluarkan untuk pembebasan Tharmendran.

Pada prosiding sama, beliau juga menolak permohonan Tharmendran untuk mendapatkan perintah dia tidak akan ditangkap semula selepas dibebaskan kerana berpendapat mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Tharmendran diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad manakala responden-responden diwakili oleg Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Tarmizi Ahmad dan Asyraf Ashyari.

Turut berada di mahkamah ialah peguam N. Surendran yang mewakili Tharmendran pada prosiding kes kecurian enjin pesawat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Bapa Tharmendran, N. Nagarajah, 72, yang tersenyum mendengar keputusan tersebut memberitahu, dia akan membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu ke Batu Caves, dekat sini untuk merayakan sambutan Thaipusam.

“Kami akan ke sana pada malam ini,” katanya dan menambah, akan menunggu Tharmendran di luar pintu pusat tahanan yang terletak di Jalan Ipoh, Sentul di sini.

Nagarajah juga memberitahu, Tharmendran merupakan anak harapan dan menjaga abang keduanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini atas tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 bernilai RM607,140.

Dia didakwa melalukan kesalahan itu pada 30 April 2008 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Tentera TUDM, Sungai Besi, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Cubaannya untuk .mendapatkan pengantunggan kekal terhadap pertuduan tersebut juga gagal apabila Hakim Makamah Tinggi Shah Alam, Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan tersebut pada 17 Disember lalu.

Kes itu akan dibicarakan selama tiga hari bermula 14 Jun dan Tharmendran akan dibicarakan bersama seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad yang didakwa melupuskan enjin pesawat tersebut.

Kedua-dua tertuduh juga akan dibicarakan tuduhan menggubah wang haram di bawh Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Artikel Berikut

Artikel Lain