Polis Tahan Tiga Lelaki Asing Miliki Pistol - Semasa | mStar

Polis Tahan Tiga Lelaki Asing Miliki Pistol

ALOR SETAR: Polis menahan tiga lelaki rakyat asing dan seorang lelaki tempatan bersama dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup dalam dua operasi di Bukit Kayu Hitam Khamis lepas dan semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam kes pertama Khamis lepas polis menahan dua lelaki rakyat asing berumur 30-an berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 6 petang.

"Kami dapati kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal itu berada dalam keadaan mencurigakan. Semasa kami cuba memberkas mereka (suspek), mereka cuba melarikan diri.

"Selepas pemeriksaan dibuat terhadap dua lelaki itu, kami menjumpai sepucuk pistol separuh automatik jenis .22 dan dipercayai pistol itu akan diserahkan (dijual) kepada pelanggan suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam satu lagi kejadian, Ahmad berkata seorang rakyat asing berumur 27 tahun ditangkap di sebuat stesen minyak di Bukit Kayu Hitam ketika cuba menyeludup masuk sepucuk pistol separuh automatik serta enam butir peluru 9mm pada pukul 10.30 pagi semalam.

"Siasatan dibuat mendapati senjata api itu dibeli dengan harga RM4,000 dari negara jiran," katanya. Ahmad berkata seorang pemandu teksi rakyat tempatan berumur 49 tahun yang membawa suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati suspek telah membayar sewa teksi sebanyak RM380 bagi menguruskan penyeludupan senjata api itu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api dan peluru.

"Ketiga-tiga suspek warganegara asing itu ditahan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain