Polis Cari Lelaki Bantu Siasatan Kes Penipuan - Semasa | mStar

Polis Cari Lelaki Bantu Siasatan Kes Penipuan

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes yang membabitkan penipuan perbankan internet.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki yang dikenali sebagai Lim Kean Huat dengan nombor kad pengenalan 590429-10-5941 itu beralamat di nombor 12-2-1, Jalan 1/108C, Taman Sungai Besi.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut untuk menghubungi Cif Inspektor Mohd Azuan Yasin di talian 03-26163839 atau 019-2002678. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain