suria

Jurugambar Mati Dalam Bilik Air Bukan Petugas Finas

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada Rabu menafikan wanita yang ditemui mati dalam bilik air di sebuah unit kondominium di Kota Damansara semalam adalah jurugambarnya.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas Mohd Fazli Abdul Aziz berkata berdasarkan rekod petugas, organisasi itu tidak mempunyai kakitangan bernama Nor Haslinda Jaafar.

"Kami menafikan mangsa kakitangan Finas berikutan kami tiada pekerja dengan nama tersebut seperti yang dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan mayat Nor Haslinda, 34, ditemui dalam keadaan berulat dalam bilik air oleh rakan serumahnya yang baru pulang dari tugasan di luar daerah.

Laporan itu juga menyebut Nor Haslinda adalah jurugambar Finas dan dipercayai meninggal dunia lebih daripada tempoh tiga hari akibat serangan jantung.

Bernama difahamkan allahyarham adalah jurugambar bebas dan berasal dari Batu Pahat, Johor. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain