Bapa Tunggal Dihukum Penjara Enam Tahun - Semasa | mStar

Bapa Tunggal Dihukum Penjara Enam Tahun

SHAH ALAM: Seorang bapa tunggal terpaksa meringkuk di penjara selama enam tahun gara-gara merompak sebuah telefon bimbit berharga RM300 milik seorang wanita, pertengahan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Latifah Mohd Tahar pada Selasa, memerintahkan supaya hukuman ke atas Mohamad Mazlan Mustafa, 21, bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 19 Jun 2010.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Latifah mendapati pembelaan tertuduh gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan enam saksi pendakwaan dan tertuduh yang memberikan keterangan secara bersumpah mengemukakan tiga lagi saksi untuk menyokong pembelaannya.

Mohamad Mazlan didakwa merompak Zuliana Zainal Abidin, 30, dan melarikan telefon bimbit mangsa jenama Nokia S730 pada pukul 12.10 tengah malam, 4 Mei 2010. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Keretapi, Belakang Kuil Batu Caves, Gombak, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi mengikut Seksyen 395 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada rayuan meringankan hukuman, tertuduh menerusi peguam M. Hafiz Zainol Abidin memberitahu dia mempunyai seorang anak berusia 5 tahun dan turut menjaga ibu bapa yang sudah tua.

“Tertuduh bekerja dengan menolong kakaknya meniaga di pasar. Dia yang merupakan seorang bapa tunggal juga telah insaf dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun, Kalaiyarasi membidas hujahan tersebut dengan mengatakan bahawa tertuduh sepatutnya memikirkan kesusahan yang akan dialami oleh keluarganya sebelum terlibat dalam jenayah tersebut.

“Mahkamah perlu mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman dan keadilan kepada mangsa juga perlu diambil kira,” katanya dan menambah, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain