Jurufoto Finas Ditemui Mati Dalam Bilik Air - Semasa | mStar

Jurufoto Finas Ditemui Mati Dalam Bilik Air

PETALING JAYA: Seorang jurufoto Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditemui mati terlentang dalam bilik air di kediamannya di sebuah kondominium di Seksyen 10, Kota Damansara, selasa.

Norhaslinda Jaffar, 34, ditemui mati dalam keadaan berulat dan berbau busuk oleh rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar negeri kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

"Rakan mangsa yang berusia 40an terhidu bau busuk ketika masuk ke dalam rumah, terkejut apabila menemui mayat mangsa yang sudah berulat di dalam bilik air," katanya.

Arjunaidi berkata mangsa dipercayai telah mati lebih tiga hari lepas.

Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain