suria

Polis Amsterdam Tolak Unsur Jenayah Dalam Kematian Pramugari MAS

KUALA LUMPUR: Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lepas.

Jurucakap Wisma Putra berkata pada Ahad polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin. Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain