Pemuda Dijumpai Mati Dengan Kesan Tikaman - Semasa | mStar

Pemuda Dijumpai Mati Dengan Kesan Tikaman

PASIR PUTEH: Seorang pemuda dijumpai mati berlumuran darah dipercayai selepas terbabit dalam satu pergaduhan, di dalam semak di Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali, di sini, malam Khamis.

Mayat Mohd Roslan Mat Ail, 31, ditemui dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan oleh penduduk kampung di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 malam.

Ibu Mohd Roslan, Jizah Said, 66, ketika ditemui di Hospital Tengku Anis di sini, hari ini berkata dia diberitahu mengenai penemuan mayat anaknya itu oleh penduduk kampung ketika sedang menonton televisyen.

Katanya sebelum itu ketika berada di rumah, anaknya menerima panggilan telefon yang dipercayai daripada rakannya yang ingin berjumpa dengannya di luar rumah.

"Sebaik sahaja diberitahu jumpa mayat, mak cik terus ke tempat kejadian kira-kira satu kilometer dari rumah, dan tidak menyangka kejadian ngeri seperti itu boleh berlaku ke atas anak mak cik," katanya.

Jizah berkata Mohd Roslan merupakan anaknya yang ketujuh daripada lapan orang beradik yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp