Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar Semak Keputusan SPR - Semasa | mStar

Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar Semak Keputusan SPR

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di negeri itu.

Hakim Datuk Aziah Ali yang membuat keputusan di dalam kamar, turut menolak permohonan bekas exco negeri Perak A.Sivanesan dan lima lagi berhubung perkara sama.

Pada 22 Okt 2009, mereka diberi kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mengenepikan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Selain Sivakumar dan Sivanesan, mereka ialah Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai.

Mereka memohon mahkamah mengeluarkan surat perintah bagi memaksa SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Kesemua pemohon tidak hadir dan hanya diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk S.Ambiga. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain