suria

Penghantar Surat Bebas Tuduhan Guna IC Palsu Tunaikan Cek

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini Khamis, melepas dan membebaskan seorang penghantar surat daripada pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memperdayakan pegawai bank untuk meluluskan cek yang bernilai RM 687, 800.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob turut melepas dan membebaskan Mohd Fairuz Mohammad Yunus, 30, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie bagi memanggil tertuduh untuk membela diri.

Mohd Fairuz didakwa atas lima kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu bernombor 770305-10-5657 di atas nama Karim Mohd Nasir untuk menunaikan cek-cek tersebut di Bank Affin, Seksyen 14, di sini.

Dia yang diwakili peguam Zainal Ithnin juga didakwa memperdayakan pegawai bank untuk mempercayai bahawa cek tersebut sebagai sah, sedangkan dia mengetahui tandantangan pada cek tersebut telah dipalsukan. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 13 November dan 22 Disember 2003.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail hadir bagi pihak pendakwaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain