suria

Penganggur Tidak Mengaku Salah Merogol Anak Saudara

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merogol anak saudaranya.

Pengakuan tertuduh berusia 33 tahun itu direkodkan di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sebulan pada pukul 2.15 petang, pada pertengahan April 2009 manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5 petang, Julai 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang terletak di Jinjang Utara, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Fathiyah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap bulan.

Kes akan disebut semula pada 17 Februari depan untuk tertuduh melantik peguam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain