suria

SC Lantik Zainal Izlan Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Zainal Izlan Zainal Abidin sebagai Pengarah Eksekutifnya berkuat kuasa, Rabu.

Beliau akan mengetuai dan memacu agenda SC pada pasaran modal Islam dan juga bertanggung jawab bagi operasi, strategik dan inisiatif pembangunan suruhanjaya itu, katanya dalam satu kenyataan.

Zainal Izlan mempunyai lebih 20 pengalaman industri dan pendedahan antarabangsa dan telah menjawat beberapa jawatan kanan di dalam badan profesional dan persatuan seperti Naib Pengerusi Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM), Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Dana Islam MAAM dan Pengerusi/Presiden CFA Malaysia (cawangan tempatan CFA Institute, AS).

Sebelum menyertai SC, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif i-VCap Management Sdn Bhd.- BERNAMA

Artikel Lain