suria

Penerbangan MAS Ke Brisbane Diteruskan Seperti Biasa

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) ke Brisbane tidak terjejas walaupun banjir dilaporkan berlaku di timur laut Australia yang turut menjejaskan bandar raya ketiga terbesar di negara itu.

MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata syarikat penerbangan itu mengendalikan lima penerbangan seminggu ke laluan Kuala Lumpur-Brisbane.

Laporan berita asing menyebut banjir terburuk di timur laut Australia itu meragut 14 lagi nyawa, manakala lebih 90 lagi dilaporkan hilang ketika situasi di Brisbane semakin buruk dengan ribuan hartanah terancam. - BERNAMA

Artikel Lain