suria

KPDNKP Rampas Minyak Masak Di Ipoh

IPOH: Sebanyak 1,640 kilogram minyak masak bernilai RM3,936 dirampas dalam operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKP) cawangan Ipoh di Kawasan Perindusrian Ringan Jelapang, di sini Rabu.

Minyak masak itu rampas daripada seorang pengusaha kedai minyak di kawasan perindustrian itu pada pukul 11 pagi.

Pengarah KPDNKP Negeri Mohd Helmi Mohd Noor berkata ketika serbuan dibuat, lelaki berusia 40-an terbabit bersama seorang pekerjanya sedang melakukan kerja pembungkusan minyak di premis itu.

"Hasil siasatan mendapati pengusaha terbabit menjalankan perniagaan itu tanpa lesen sejak dua tahun lepas. Kami merampas dan menyita semua barangan itu," katanya kepada pemberita.

Helmi berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada pengusaha terbabit untuk siasatan bagi tindakan selanjutnya.

Pengusaha terbabit menjalankan perniagaan membungkus minyak dalam bentuk paket seberat satu kilogram untuk diedar kepada pemborong dan pekedai runcit di sekitar kawasan bandar raya ini, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain