suria

Keadaan Banjir Di Tumpat Masih Belum Pulih

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Tumpat hari ini tidak berubah dengan kesemua 1,439 mangsa yang dilaporkan pada Selasa masih berada di pusat pemindahan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Roslee Mamat berkata mereka melibatkan 456 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

"Daerah Tumpat yang agak rendah menyebabkan air yang menenggelami beberapa kawasan mengambil masa yang agak lama untuk surut.

"Berdasarkan keadaan itu, mangsa banjir masih belum dibenarkan pulang kerana kawasan kediaman mereka masih ditenggelami air, bagaimanapun mereka akan dibenarkan pulang secara berperingkat mengikut keadaan," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Selain itu katanya, semua laluan yang ditutup ekoran banjir sebelum ini telah dibuka kepada semua kenderaan manakala paras Sungai Golok juga kembali ke paras normal. - BERNAMA

Artikel Lain