Garis Panduan Isu Hasutan Diperhalusi Tiga Menteri - Semasa | mStar

Garis Panduan Isu Hasutan Diperhalusi Tiga Menteri

PUTRAJAYA: Tiga menteri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan muktamad terhadap garis panduan berkaitan kenyataan dan perbuatan yang berbaur hasutan sebelum diumumkan untuk rujukan orang ramai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat itu yang akan dipengerusikannya akan disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selain Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Menurutnya beberapa mesyuarat berhubung garis panduan itu telah diadakan sebelum ini bagi menyelaras beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh isu-isu berbaur hasutan di bawah peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

"Perkara itu selanjutnya telah dibincangkan secara mendalam, dan sehubungan itu, saya ingin memaklumkan bahawa kini di peringkat pegawai-pegawai di ketiga-tiga kementerian pada dasarnya sepakat dan bersetuju dengan isi kandungan dan intipati garis panduan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Draf garis panduan itu antara lain meliputi bahan yang bersifat hasutan, berita jelik, pornografi, berita palsu dan jenayah siber.

Enam akta telah dikenal pasti untuk dijadikan garis panduan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, katanya.

Hishammuddin berlata semua pihak atau individu tidak seharusnya menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kebebasan untuk bersuara dalam erti kata sebenarnya turut mempunyai had dan batas yang perlu dipatuhi. Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," katanya.

Beliau mengingatkan individu yang mempunyai kepentingan tertentu supaya menyedari bahawa kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terutama dalam soal yang berhubung kait dengan keselamatan rakyat dan negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hassan Ali Nasihat Shuhaimi Mohon Maaf

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain