suria

Datuk Seri Salleh Keruak Dilantik Speaker DUN Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak diumumkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang baru.

Beliau akan menggantikan Datuk Juhar Mahiruddin, yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Pengumuman mengenai pelantikan Salleh dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini pada Rabu.

Salleh berterima kasih kepada Musa di atas pelantikannya sebagai Speaker.

"Saya akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, beliau akan terus membantu Musa untuk memperkuatkan Umno di Sabah. - BERNAMA

Artikel Lain