DAP Kata Perbezaan Pendirian Tak Jejaskan Pakatan Pembangkang - Semasa | mStar

DAP Kata Perbezaan Pendirian Tak Jejaskan Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.

"Kita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih," katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Namun Abdul Hadi menerusi blognya semalam menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.

"Apa yang dihebohkan hanya untuk memanaskan kita dalam pakatan dan kita tidak akan termakan umpan," katanya.

Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.

Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam sekiranya pakatan itu mentadbir negara, beliau berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

"Serasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan," katanya.

Ooi berkata kenyataan Abdul Hadi pada Ahad lalu adalah putar belit media.

"Saya yakin isu ini akan terus berulang terutamanya menjelang pilihan raya kecil Tenang," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis