suria

Pesalah Tegar Dihukum Penjara Maksimum

SHAH ALAM: Seorang pesalah tegar yang mempunyai enam sabitan lampau kesalahan dadah sejak 1975 hingga 2005 menerima hukuman maksimum di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu terhadap Omar Abu Bakar, 58, yang terdahulu mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah pada September lalu.

Omar didakwa memiliki 1.50 gram heroin dan 0.13 gram monoacetylmorphines pada pukul 12.10 tengah malam, 4 September 2010 di rumah nombor 12, Jalan Enggang 11, Taman Keramat, Hulu Selangor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Yasser Mohd Nasri mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadapnya atas alasan perlu menjaga ibu, seorang anak angkat dan abang yang kurang upaya.

“Kamu minta hukuman yang ringan, dan pada rekod, kamu adalah seorang pesalah tegar yang tidak belajar dari kesalahan. Oleh itu, saya tidak ada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman maksimum,” kata Mohtarudin.

Artikel Lain