Najib Tangguh Pertemuan Dengan Rakan Internet - Semasa | mStar

Najib Tangguh Pertemuan Dengan Rakan Internet

KUALA LUMPUR: Pertemuan 1Malaysia antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan-rakan internet beliau yang ditangguhkan sebelum ini, akan diadakan pada 20 Februari nanti.

Dalam blognya, www.1malaysia.com.my, Perdana Menteri berkata acara itu akan berlangsung di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya, pada 4 petang.

Najib berkata mereka yang menerima undangan bagi menghadiri pertemuan yang sepatutnya berlangsung pada 5 November tahun lepas, secara automatiknya dijemput menghadiri majlis jamuan teh itu kali ini.

"Anda akan menerima undangan menerusi e-mel tidak lama lagi, jadi jawablah secepat mungkin kerana jemputan adalah terhad.

"Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih ada peluang untuk kita bertemu pada kesempatan lain.

"Anda juga boleh mendaftar untuk berjumpa saya semasa saya mengadakan lawatan kerja ke seluruh negara," katanya. Najib berkata beliau tidak sabar untuk bertemu seramai mungkin rakyat Malaysia pada tahun 2011 ini.

Pertemuan tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana beliau menghidap cacar dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak menghadiri sebarang majlis sehingga pulih. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nazri Cabar Anwar Debat Isu Apco

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Model Playboy buah hati baharu Neymar