Malaysia Tidak Haram Penggunaan Blackberry - Semasa | mStar

Malaysia Tidak Haram Penggunaan Blackberry

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar 'Blackberry' setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini, Isnin.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.

Rais berkata, kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.

Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka.

Semua telefon mudah alih menggunakan 'local provider' tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai pelayan sendiri di negara ia dicipta iaitu Kanada.

Ditanya sama ada Malaysia akan meminta syarikat telekomunikasi berkenaan mewujudkan pelayan di negara ini, Rais berkata ianya soal komersil dan harus ditimbangkan dalam konteks sama ada syarikat berkenaan menyalahi mana-mana peruntukan di bawah Akta Komunikasi.

"Setakat ini saya tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran tersebut jadi tak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan perlu diambil sedangkan laporan pun tidak ada," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain