suria

Anggota Pasukan Gerakan Marin Maut Dilanggar Lori

TAWAU: Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini maut dilanggar lori selepas dia tercampak dari motosikal yang ditunggangnya di Jalan Utara di sini hari ini.

Lans Koperal Amal Haji Jakari, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi.

Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan ke SK Bandar Tawau apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah teksi menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya sebelum dilanggar lori.

Amal meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berumur lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin ketika mengesahkan kejadian berkata pemandu teksi dan lori berkenaan masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Lain