suria

Hanya MIC Dan BN Mampu Bela masa Depan Masyarakat India

LABIS: Nasib dan masa depan masyarakat India dalam negara, termasuk pekerja-pekerja ladang di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, hanya akan terjamin jika dibela oleh MIC menerusi perjuangan dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha kerja MIC Johor A.Asojan.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi MIC pusat berkata tidak ada calon lain yang boleh mewakili suara masyarakat India di Tenang, sebaik yang dilakukan oleh MIC dan BN.

"Hanya MIC dan BN mempunyai kemampuan untuk memperjuangkan nasib dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat India termasuk pekerja-pekerja ladang dalam negara," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi selama dua penggal, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis dan proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Januari.

Asojan berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN memberikan perhatian berat terhadap kebajikan masyarakat India dalam negara, termasuk keadaan kehidupan pekerja-pekerja ladang.

Katanya, Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah negara ini yang mengumumkan peruntukan RM50 juta di dalam bajet tahunana khusus untuk kemudahan perumahan golongan pekerja-pekerja ladang.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain