suria

Empat Unit Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Amber Park

TAWAU: Empat unit rumah kedai musnah dalam satu kebakaran di Amber Park, Jalan Kuhara, di sini malam Ahad.

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tawau Albert Jiran Tanjung berkata dua jentera bomba dengan 25 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.40 malam.

Katanya kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke premis berhampiran kira-kira pukul 9.18 malam, dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian. Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat, namun Albert berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain