suria

Pelajar Maut Terkena Besi Ketika Latihan Unit Beruniform

IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Dua terbunuh apabila terkena sebatang besi di kepala ketika menjalani latihan unit beruniform di padang sekolahnya di Taiping, 95 km dari sini, Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, Goh Swee Khim, 14, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata semasa kejadian pelajar itu sedang menarik seutas tali yang telah diregangkan di sebatang besi bersama kira-kira 20 pelajar lain di sekolah berkenaan.

"Besi berkenaan dikatakan tercabut lalu tercampak dan mengenai kepala mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat Goh dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain