Mustapa Selar Kerajaan Kelantan Gagal Tangani Masalah Banjir - Semasa | mStar

Mustapa Selar Kerajaan Kelantan Gagal Tangani Masalah Banjir

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan gagal menangani masalah banjir kilat di negeri itu yang berpunca daripada sistem peparitan yang tidak sempurna, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya kerajaan negeri pimpinan PAS perlu bertindak segera menangani masalah itu kerana ia telah membebankan ribuan penduduk negeri itu sekian lama.

"Isu utamanya di sini adalah sistem perparitan yang gagal dilakukan di kawasan perumahan seperti ini dan ini merupakan kelemahan yang sangat ketara kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di taman perumahan Thirteen Avenue Garden, Kubang Kerian, di sini, Sabtu.

Lebih 70 keluarga tamah perumahan dan penduduk sekitar kawasan itu terjejas dengan banjir yang melanda kawasan itu sejak empat hari lepas.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sejak Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Pengkalan Pasir, kerajaan Pusat telah membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk membina sistem perparitan yang lebih sempurna di situ.

"Kini di Pasir Mas masalah banjir tidak seteruk sebelumnya dan kita berharap rakyat Kelantan perlu membuat keputusan terbaik untuk mereka selepas ini," katanya.

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu faham masalah membina sistem perparitan itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Pusat.

Sementara itu wakil penduduk, Muhd Rusli Salleh, 42, berkata penduduk di situ telah lebih lima tahun mengalami banjir pada setiap musim tengkujuh yang kadangkala berlarutan sehingga dua minggu.

"Ini semua kerana tidak ada parit yang kadang kala kami kena berpindah tiga atau empat kali setahun kerana banjir dan saya minta sangat pihak berwajib bantulah penduduk.

"Apa yang kami kesal wakil rakyat PAS kawasan ini dan wakil kerajaan negeri tidak datang pun menjenguk masalah kami dan rayuan kami terhadap Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Perbandaran Kota Baharu tidak diendah langsung," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA