suria

Mangsa Kebakaran Bukit Malut Terima Sumbangan

LANGKAWI: Lima puluh sembilan mangsa kebakaran Bukit Malut di sini, Ahad menerima sumbangan berupa barangan keperluan dari Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK).

Penolong Setiausaha PBANK Ridwan Mustafa berkata antara barangan keperluan yang disumbangkan ialah bantal, tuala, kain selimut dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM10,000.

"Persatuan sangat prihatin dengan kejadian ini dan berharap sumbangan ini dapat meringankan keluarga berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam kebakaran baru-baru ini, 59 rumah musnah menyebabkan 260 mangsa kini ditempatkan di beberapa khemah khas yang didirikan di kawasan berhampiran.

Selain itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, kerajaan pusat, pengusaha perhotelan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut menghulur sumbangan kepada mangsa kebakaran itu.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain