suria

Keadaan Banjir Di Pahang Pulih Sepenuhnya

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang telah pulih sepenuhnya selepas 18 mangsa banjir terakhir yang ditempatkan di pusat pemindahan telah dibenarkan pulang pagi Ahad.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, mereka terdiri daripada empat keluarga dari Kampung Chendor Tengah yang ditempatkan di Balai Raya Chendor.

Sebelum ini lima kawasan penempatan daerah Kuantan terjejas akibat banjir iaitu Taman Seberang Balok, Kampung Balok, Kampung Bukit Palas, Kampung Nyamuk dan Kampung Chendor Tengah dan mereka mula beransur pulang ke rumah masing-masing tengah hari semalam sebelum mangsa terakhir dibenarkan pulang pagi Ahad. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain