suria

Bekas Penyokong Murugiah Dijangka Sertai PSM- Dr Muruga

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 bekas penyokong Senator Datuk T. Murugiah dijangka menyertai Parti Satu Malaysia (PSM) sebaik sahaja parti itu mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Presiden Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNSC) Dr R. Muruga Raja, yang mengasaskan parti baru itu, mendakwa penyokong itu enggan mengikuti Murugiah, bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), yang masuk ke MIC.

Katanya PSM ditubuhkan pada Jun tahun lepas tetapi sehingga hari ini hanya menerima pengakuan dari ROS dengan menyatakan permohonan mereka diterima.

"ROS belum memberi kelulusan kepada permohonan pendaftaran PSM," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Saya tahun proses pendaftaran parti mengambil masa dan mungkin bertahun-tahun tetapi kami tidak mudah mengalah dan akan berjumpa dengan ROS sekali lagi minggu depan," katanya.

Dr Muruga berkata beliau telah menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memohon supaya parti baru itu menjadi ahli sekutu B Nsebaik sahaja ROS meluluskan pendaftarannya.

Menurutnya keahlian dalam parti itu terbuka kesemua semua kaum termasuk komuniti minoriti seperti Sikh, Orang Asli dan India Muslim.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain