Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Terengganu Beransur Pulih - Semasa | mStar

Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Terengganu Beransur Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan malam ini semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat dan meragut satu nyawa, manakala di Terengganu keadaan beransur pulih.

Bandar Rantau Panjang kini lumpuh apabila semua premis perniagaan ditutup setelah ditenggelami air sedalam satu meter dan jumlah mereka yang dipindahkan sehingga pukul 8 malam ini ialah 2,777 orang.

Banjir yang melanda pantai timur itu, turut mengorbankan nyawa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Siti Aisyah Kamarulzaman yang lemas ketika bermain air di kawasan rumahnya di Kampung Belukar Limat, Peringat di ini.

Kanak-kanak itu dilapor lemas pada pukul 11.15 pagi dan mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang.

Sehingga kini 19 sekolah ditutup membabitkan 9,782 pelajar dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Perol mulai ditutup esok manakala 16 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di Rantau Panjang juga ditutup esok (Ahad).

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sehingga kini 25 pusat pemindahan dibuka di enam daerah iaitu Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

"Daerah Pasir Mas dan kawasan Rantau Panjang yang paling teruk terjejas," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Kilometer (KM) 3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).

Jurucakap itu berkata Sungai Golok kini melebihi paras bahaya dengan 10.32 meter (bahaya 9 meter) manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga.

Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir di daerah Marang dan Hulu Terengganu pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan di Hulu Terengganu ditutup pada pukul 3 petang manakala di Marang ditutup sejam selepas itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata keadaan banjir di Besut, Kemaman dan Setiu tidak berubah dengan 121 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Besut, 102 orang di Setiu, 24 di Kemaman dan tujuh orang di Dungun.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air sungai utama yang berada pada paras bahaya, beransur surut petang ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain