suria

PM Minta Semua Pihak Tidak Buat Andaian Berhubung Kes Rais

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggesa semua pihak agar tidak membuat andaian ke atas tuduhan yang dilemparkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa beliau telah merogol pembantu rumahnya empat tahun dahulu.

Perdana Menteri berkata, semua pihak harus membenarkan undang-undang mengambil tempatnya kerana Rais telah menyatakan kesediaannya untuk disiasat secara menyeluruh berkaitan dakwaan tersebut.

"Beliau telah pun membuat kenyataan berhubung dakwaan itu dan beliau berdiri teguh bahawa beliau tidak melakukan perbuatan itu. Oleh itu kita tidak harus membuat andaian dan menjatuhkan hukuman ke atas seseorang melainkan siasatan telah selesai dilakukan," ujar Najib.

Pada Rabu, Dr Rais telah menafikan segala dakwaan yang dibuat ke atasnya oleh beberapa orang bloger dan juga beberapa pemimpin parti pembangkang bahawa dia telah memperkosa pembantu rumahnya berbangsa Indonesia empat tahun lalu ketika masih berkhidmat di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain