suria

PM Dijangka Umum Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh Beng Hock

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengadakan sidang media mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian bekas Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock pada tengah hari Jumaat.

Mahkamah Koroner pada Rabu, tidak dapat memutuskan sama ada kematian Teoh adalah disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang membuat keputusan terbuka itu hanya mengesahkan Teoh, 30, mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini.

Sebelum ini, keluarga mendiang Beng Hock turut mendesak Perdana Menteri mengotakan janji untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian anak mereka.

Prosiding inkues bermula pada 29 Julai 2009 dan berlangsung selama 55 hari meyaksikan 57 saksi inkues memberi keterangan.

Ia melibatkan 12 saksi pakar, termasuk empat orang doktor, iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar (melakukan bedah siasat kali pertama) dan Dr Shahidan Mohd Noor (bedah siasat kedua) yang diperhatikan oleh Dr Pornthip Rojasunan dan Dr Peter Venezis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain