suria

Bapa 4 Anak Menyamar Polis Dipenjara 18 Bulan

SHAH ALAM: Seorang bapa kepada empat orang anak dihukum penjara selama 18 bulan bermula Jumaat, oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai polis semasa memeras ugut seorang rakyat Indonesia.

Majistret Norkamilah Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Farid Osman, 38, yang turut mengaku salah atas tuduhan memiliki objek yang seakan-akan pistol.

Farid mengaku salah melakukan kesalahan tersebut terhadap Asnawi pada pukul 6 petang, 3 November lalu di Lot 14096, Mukim Damansara, Seksyen U1, di sini.

Fakta kes menyatakan, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman kepada Asnawi dan rakan-rakannya.

Farid kemudiannya telah meminta wang daripada Aswani dan mungkin kerana takut apabila melihat tertuduh mempunyai ‘pistol’ dia kemudiannya menghulurkan RM50.

Asnawi kemudiannya membuat laporan polis, dan tertuduh ditahan pada hari yang sama. Semasa ditahan, Farid memakai baju T-shirt yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memiliki sebuah pistol palsu tertera perkataan ‘MP900’.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain