suria

Terdapat Kekeliruan Mengenai Larangan Guna Logo 1Malaysia: Khalid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendakwa terdapat kekeliruan mengenai larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor.

"Kita tak bagi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kita guna duit untuk iklan 1Malaysia, itu duit negeri. Tiada larangan tetapi hanya berlaku kekeliruan," katanya ketika ditanya mengenai larangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mahu anak syarikatnya menggunakan wang mereka yang merupakan milik kerajaan negeri untuk mempromosi dasar "Merakyatkan Ekonomi" yang dilancar Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang digalak mempromosi program Merakyatkan Ekonomi, katanya.

Ditanya sama ada premis perniagaan dilarang menggunakan logo 1Malaysia, Abdul Khalid berkata: "Kedai boleh tapi kena minta kebenaran dengan PBT...ada perkara tertentu yang perlu mereka patuhi". - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain