Teoh Beng Hock: Majlis Peguam Ulangi Gesaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja - Semasa | mStar

Teoh Beng Hock: Majlis Peguam Ulangi Gesaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mengulangi gesaannya supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah itu, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Pada Rabu, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009.

Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Ragunath berkata kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh semua fakta yang relevan oleh suruhanjaya siasatan diraja.

Beliau menyambut baik laporan bahawa kerajaan dijangka mengumumkan penubuhan suruhanjaya berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain