suria

Polis Siasat Penglibatan Mangsa Tikam Dalam Kegiatan Wang Palsu

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sama ada lelaki yang menjadi mangsa tikam di sebuah rumah di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh Selasa lepas, terlibat dalam kegiatan wang palsu.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Khamis, ia ekoran penemuan wang palsu RM100 (54 keping) dan RM50 (35 keping) pada mangsa yang cedera parah ditikam tiga kali di dada kerana gagal melunaskan bayaran sewa rumah.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lelaki berumur 35 tahun tersebut ditikam pemilik rumah berusia 41 tahun selepas gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan.

Mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri, lagi namun keadaannya adalah stabil.

Sehubungan itu, polis mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pemilik rumah berkenaan mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Laman Facebook polis juga menyebut semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan dadah, dan dia dipercayai dipengaruhi dadah semasa kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain