suria

Mohamad Khusrin Angkat Sumpah Taat Setia Di Hadapan Sultan Selangor

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSAIN SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pada khamis.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya.

Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor.

Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain