suria

Datuk Dr Mohd Shukor CEO Lembaga Hasil Yang Baru...

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri yang baru berkuatkuasa 8 Januari ini.

Beliau mengantikan Tan Sri Hasmah Abdullah yang akan bersara pada 7 Januari nanti.

Watikah pelantikan Dr Mohd Shukor telah diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan.

Dr Mohd Shukor, 56, adalah lulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Uiversiti Malaya pada tahun 1978. Beliau juga memiliki ijazah sarjana sains dalam bidang percukaian dari Golden Gate University Amerika Syarikat dan ijazah PhD dalam pentadbiran awam dari universiti yang sama.

Beliau memulakan kerjayanya di Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 1979.

Sebelum pelantikan ini, beliau adalah timbalan ketua pengarah lembaga berkenaan.

Dalam pada itu, perdana menteri juga telah bersetuju untuk melantik Wan Selamah Wan Sulaiman sebagai ketua akauntan negara yang baru mengantikan Datuk Mohd Salleh Mahmud yang telah tamat perkhidmatan pada 28 November lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain