suria

Polis Kesan Waris Lelaki Ditemui Mati Dalam Tandas

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemui mati dalam tandas awam di Pasar Pudu di sini minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Nor Azman Muhammad Yusuf berkata, mayat Shaharuddin Abdullah, 41, yang ditemui terbaring oleh orang awam pada 28 Disember lalu, telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut tetapi warisnya gagal dikesan sehingga kini.

Beliau berkata, alamat terakhir Shaharuddin berdasarkan kad pengenalannya ialah di No 573, Jarak Tengah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Waris mangsa boleh menuntut mayat itu yang kini berada di Hospital KL.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Sarjan Zainuddin Md Nor di Balai Polis Tun H.S Lee di talian 03-20702222 atau 016-3863344. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain