suria

Kemelut SUK: Biro Politik PKR Temui Abdul Khalid

SHAH ALAM: Beberapa ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dilihat memasuki bangunan Sultan Abdul Aziz Shah dipercayai untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Batu Caves, Amirudin Shari pada pukul 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut dijadual berakhir sebelum pukul 12 tengah hari nanti.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar, pertemuan tersebut merupakan perbicangan biasa mengenai isu pentadbiran di negeri tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain